Chetan Lachman Jethwani menyatakan fakta berkenaan peristiwa Chetan Jethwani & Company hampir digeledah dan disita oleh pegawai SPRM dan LHDN.
Merujuk kepada kenyataan akhbar dan artikel sosial media berkaitan pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah melakukan serbuan terhadap beberapa firma guaman pada 6 Oktober 2023. Laporan akhbar dan artikel sosial media tersebut adalah bersifat spekulatif, mengelirukan dan khilaf dalam sebahagian informasinya. Tambahan pula, sumber laporan tersebut adalah daripada sumber yang tidak diketahui dan tanpa nama.
Pada lebih kurang pukul 9.30 pagi bertarikh 6 Oktober 2023, lima pegawai yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada SPRM dan LHDN telah hadir ke firma guaman saya bersama notis menggeledah untuk menyita dokumen-dokumen yang terdapat di firma guaman saya. Pada pukul 10.45 pagi, pegawai-pegawai daripada SPRM dan LHDN telah hadir kembali ke firma guaman saya dan menyerahkan Perintah Mengemukakan Dokumen dan Perintah Menghadiri Pemeriksaan ke SPRM untuk merekodkan kenyataan pada pukul 3.00 petang hari yang sama, iaitu 6 Oktober 2023. Perintah Mengemukakan Dokumen tersebut adalah perintah untuk menyerahkan fail anak guam yang mempunyai maklumat-maklumat yang dilindungi oleh hak keistimewaan profesion perundangan.
Selaku peguam bela dan peguam cara, saya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menegakkan hak keistimewaan ini tanpa mengundur setapak pun.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Siasatan ke atas peguam tiada kaitan individu atau parti, kata SPRMAzam Baki berkata, SPRM giat menyiasat isu membabitkan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan usaha pemulihan aset 1MDB oleh kerajaan.
Leggi di più »
SPRM gagal akses dokumen di firma guaman RDSPejabat firma guaman tidak boleh dicabuli termasuk kerahsiaan dokumen anak guam yang terlindung di sisi undang-undang.
Leggi di più »
Dokumen pelanggan sulit, tak boleh dirampas SPRM, kata peguam MuhyiddinRosli Dahlan Saravana Partnership berkata Seksyen 46 Akta SPRM melindungi kedudukan maklumat sulit dalam undang-undang.
Leggi di più »
Siasatan menantu Muhyiddin, Menteri KDN jumpa SPRM Isnin iniKementerian Dalam Negeri akan melengkapkan notis merah Interpol bagi siasatan terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin ini.
Leggi di più »
SPRM gagal akses dokumen di firma RDSSPRM gagal akses dokumen di firma RDS
Leggi di più »