UK jadi 'hotspot' bagi penularan varian Covid-19 Pirola
LONDON: Pakar mengisytiharkan United Kingdom menjadi tompok panas bagi penularan varian Covid-19 Pirola sejenis super-mutasi baharu, dan berkongsi nasihat terbaik untuk mengelakkannya.
Gejala varian BA 2.86 itu, yang sudah dikenal pasti setakat ini, termasuk demam panas, batuk, hidung tersumbat atau berair, hilang rasa atau bau, sakit kepala, sakit otot serta keletihan. Doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan , Dr Hana Patel, berkata terdapat beberapa tahap penularan yang meluas dalam komuniti.
Katanya, biarpun BA.2.86 mempunyai sejumlah besar mutasi kepada genom virus berbanding varian Covid-19 lain, data setakat ini terlalu terhad untuk membuat kesimpulan kukuh mengenai tahap betapa teruk kesannya dan kebolehannya menular.