Suasana di STB, Arau meriah pada majlis penutup bulan Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan dengan murid-muridnya segak dan menawan
Suasana di Sekolah Tengku Budriah , Arau meriah pada majlis penutup bulan Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan dengan murid-muridnya segak dan menawan memperagakan pakaian meliputi pelbagai kaum dan etnik sempena Hari Malaysia itu.
Malah, ibu bapa juga dilihat memberi sokongan cukup baik dengan ada dalam kalangan mereka tidak kisah berhabisan ratusan ringgit menyiapkan anak-anak dengan pakaian tradisional selain busana mengikut tradisi kaum dan etnik masing-masing meliputi Melayu, Siam, India, Kadazan, Bidayuh dan pelbagai lagi.
Antara aktiviti sempena majlis berkenaan adalah seperti pertandingan pakaian beragam, persembahan dari murid pra sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi , persembahan koir serta choral speaking selain persembahan sajak dan guru-guru. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid STB, Zalida Ismail berkata, majlis penutup bulan Kebangsaan peringkat sekolah berkenaan mendapat sambutan cukup memberangsangkan termasuk dalam kalangan ibu bapa yang memberikan sokongan menyediakan pakaian bertemakan hari Malaysia itu buat anak-anak.
Seorang ibu, Hasni Fazlina Hassan,38, pula berkata, anaknya yang berusia sembilan tahun memperagakan pakaian bertemakan gabungan tradisional, Tionghoa dan puteri Perak.- UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Keunikan, warna-warni pakaian pelbagai kaum, etnik murid-murid di STBKeunikan, warna-warni pakaian pelbagai kaum, etnik murid-murid di STB
Leggi di più »
Himpunan Aman Selamatkan Malaysia: Penganjur tidak hormat Hari MalaysiaPenganjur Himpunan Aman Selamatkan Malaysia disifatkan sebagai mereka yang langsung tidak menghormati sambutan Hari Malaysia (16 September).
Leggi di più »
Hari Malaysia 2023: Rakyat Malaysia 'Segulai Sejalai' di Kuching malam esokHari Malaysia 2023: Rakyat Malaysia 'Segulai Sejalai' di Kuching malam esok
Leggi di più »
HSR revival promises catalytic developments for Malaysia, Singapore, says Malaysia-Singapore Business Council chairmanKUALA LUMPUR, Sept 14 — The revival of the High-Speed Rail (HSR) project is expected to bring catalytic developments ”as it will lead to multiplier effects for Malaysia and...
Leggi di più »
Pasukan nasyid STB cipta sejarah, bakal wakili Perlis di peringkat kebangsaanPasukan nasyid STB cipta sejarah, bakal wakili Perlis di peringkat kebangsaan
Leggi di più »