PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman membela diri terhadap tiga pertuduhan dadah.
Hakim Faiz Dziyauddin ketika menyampaikan keputusan itu berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi ketiga-tiga pertuduhan terhadap Muhammad Yasin.Prosiding mahkamah diteruskan petang ini dengan mendengar keterangan saksi pembelaan pertama, Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Dr. Ian Lloyd Anthony.
Pada 15 September lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil saksi ketujuh yang juga saksi terakhir, Profesor Dr. S. Sreeramanan yang merupakan pakar bioteknologi tumbuhan memberi keterangan. Mahkamah turut mendengar keterangan seorang pegawai kimia bahawa ujian saringan yang dijalankan terhadap sampel air kencing milik penyanyi dan komposer itu mengandungi kanabis.
Pada 6 Julai lalu, mahkamah diberitahu, Muhammad Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan dadah meskipun laporan psikiatri yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia mengesahkan artis itu berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian yang didakwa dilakukannya. Dalam prosiding sebelum ini, pihak pembelaan memaklumkan, terdapat asas yang kuat agar kesihatan mental Muhammad Yasin diperiksa oleh pakar psikiatri.
Pertuduhan kedua, Muhammad Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B ADB yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B akta sama.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Penentuan Yasin dibebas atau bela diri kes dadah esokPETALING JAYA: Keputusan sama ada penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap tiga pertuduhan dadah, akan ditentukan oleh Mahkamah Sesyen di sini esok.
Leggi di più »
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan dadahPETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman (gambar) membela diri terhadap tiga...
Leggi di più »
Beatrice pecah rekod kategori wanita KLSCM 2023PETALING JAYA: Rekod bagi kategori Terbuka Wanita dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Maraton (KLSCM) 2023
Leggi di più »
Parlimen Kemaman: Pas tidak fail rayuanPETALING JAYA: Pas tidak akan memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu berhubung keputusan pembatalan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.
Leggi di più »
Pemilik stesen minyak didenda RM100,000 benarkan jual diesel dalam tong dramPETALING JAYA: Seorang pemilik stesen minyak didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membenarkan penjualan diesel di dalam tong...
Leggi di più »
Kes dadah: Yasin bebas atau bela diri diketahui esokKUALA LUMPUR: Keputusan sama ada penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman (gambar) dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan oleh Mahka...
Leggi di più »