Zubir, mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Setiausaha DUN, Mohamad Azlee Ahmad pada majlis berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.
ALOR SETAR: Yang Dipertua Pas Langkawi, Zubir Ahmad hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah baharu sempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15 di sini hari ini.
Pemilihan Zubir dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Datuk Siti Aishah Ghazali . Zubir, 60, turut mengangkat sumpah jawatan tersebut di hadapan Setiausaha DUN, Mohamad Azlee Ahmad pada majlis berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.
Terdahulu, Setiausaha DUN mengumumkan nama Zubir sebagai calon tunggal bagi jawatan tersebut termasuk memperoleh surat persetujuan daripada semua DUN. Zubir pernah bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sebelum tewas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Dalam majlis yang sama, kesemua 36 ADUN turut mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat baharu Kedah. Pada Pilihan Raya Negeri Kedah 12 Ogos lepas, Perikatan Nasional mencipta sejarah apabila membolot 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah. – UTUSAN
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Ketua PAS Langkawi dipilih Speaker DUN KedahZubir Ahmad, 61 diisytiharkan sebagai Speaker selepas ketiadaan calon lain bagi jawatan itu.
Leggi di più »
Langkawi PAS chief selected as Kedah State Assembly SpeakerALOR SETAR, Sept 25 — Langkawi PAS division chief Zubir Ahmad was today chosen as Speaker at the first meeting of the 15th Kedah State Legislative Assembly held at Wisma Darul...
Leggi di più »
Mohd Nor dilantik speaker DUN TerengganuAdun Bukit Payung itu mengangkat sumpah taat setia pada Majlis Angkat Sumpah Adun di hadapan Setiausaha DUN Zulkifly Isa.
Leggi di più »
Mohd. Nor dilantik Speaker DUN Terengganu baharuMohd. Nor dilantik Speaker DUN Terengganu baharu
Leggi di più »
ADUN Bukit Payung dilantik Speaker DUN TerengganuKUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Datuk Mohd Nor Hamzah (gambar), dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri ...
Leggi di più »