Tindakan itu sementara menunggu siasatan dakwaan pelancong asing berhubung kamera tersembunyi dipasang dalam soket dinding inap desa itu.
KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Airbnb mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan dakwaan pelancong asing berhubung kamera tersembunyi dipasang dalam soket dinding.
Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa mendengar insiden itu berlaku. “Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami memberikan sokongan kepada tetamu kami.”
Beliau mengulas laporan Bernama Ahad lalu menyebut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memandang serius dakwaan pelancong asing terdapat kamera tersembunyi dalam soket dinding di sebuah inap desa. Menterinya, Tiong King Sing dilaporkan berkata kerajaan Sabah, Motac negeri dan agensi berkaitan diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan didedahkan di platform media sosial Xiaohongshu berpangkalan di Shanghai pada 14 Sept lalu sebelum dikongsi portal berita tempatan.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Motac pandang serius dakwaan pasang kamera tersembunyi di inap desa Sabah: TiongKUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing, yang mendakwa sebuah inap desa yang didiaminy...
Leggi di più »
- Netizen Tak Puas Hati Tindakan Ibu Panggil Bomba Keluarkan Sikat Dari RambutSi ibu bertindak menghubungi pihak bomba untuk membantunya selepas hampir satu jam tidak berjaya mengeluarkan sikat yang terbelit pada rambut anak.
Leggi di più »
Mahkamah benar PH Sabah ambil tindakan undang-undang semula terhadap kerajaanKedua-dua defendan tiada bantahan berhubung keputusan penarikan balik saman pemula oleh kesemua plaintif tanpa kos.
Leggi di più »
Tindakan PDRM bukan populis -Ayob KhanSetiap tindakan yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan mahu menjadi popular sebaliknya mahu melaksanakan tugas serta
Leggi di più »
'Don't confuse us': Spy cam lodging an Airbnb unit, not a hotel, says groupKota Kinabalu: A local hotels group has clarified that an Airbnb unit, not a hotel, was involved in an incident in which Chinese tourists found a spy cam inside their lodging.
Leggi di più »
Special zones for Airbnb-type short-lets being consideredDiscussions are to be held between officials of the tourism ministry and the local government ministry to work out rules for short-term rented accommodation.
Leggi di più »