Bekas perdana menteri itu menafikan mempunyai sebarang kaitan langsung dengan syarikat penerbangan itu atau pemegang sahamnya.
Muhyiddin Yassin mendakwa ‘individu tertentu’ cuba mencemarkan reputasinya dengan membuat tuduhan tidak berasas berhubung pembabitannya dalam MYAirline.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin menafikan sebarang pembabitan dengan syarikat penerbangan bermasalah MYAirline Sdn Bhd, yang menggantung operasinya secara mengejut Khamis lalu. Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, beliau tiada sebarang kaitan langsung dengan syarikat penerbangan itu atau pemegang sahamnya.“Carian saya menunjukkan syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat untuk lesen perkhidmatan udara pada 22 Dis 2021, iaitu semasa saya tidak lagi menjadi perdana menteri,” katanya dalam catatan Facebook.
Beliau berkata, pembabitan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership sebagai peguam bagi pemegang saham MYAirline tiada kaitan dengannya.Rosli Dahlan, rakan kongsi firma itu, pernah menjadi peguam utama 1MDB dan kini mewakili Muhyiddin dalam saman fitnahnya terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Muhyiddin berkata, ada “individu tertentu” cuba mencemarkan nama baiknya dengan membuat tuduhan tidak berasas berhubung pembabitannya dengan syarikat penerbangan itu.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
Italia Ultime Notizie, Italia Notizie
Similar News:Puoi anche leggere notizie simili a questa che abbiamo raccolto da altre fonti di notizie.
Muhyiddin denies any involvement with MYAirlineThe Perikatan Nasional chairman also denies having any direct association with the airline or its shareholders.
Leggi di più »
Tiada ‘bailout’ buat MYAirline, kata timbalan menteriHasbi Habibollah berkata, syarikat itu perlu menyelesaikan isu berkaitan pelanggan mereka sendiri.
Leggi di più »
Kami tiada ‘back up plan’, kata MYAirlineSyarikat penerbangan tambang rendah itu berkata ia timbul kerana kekurangan pelan kontingensi selain pelabur menarik diri pada saat akhir.
Leggi di più »
MYAirline Interim CEO Stuart Cross Reportedly ResignsMYAirline Sdn Bhd interim chief executive officer Stuart Cross has resigned, New Straits Times (NST) reports. His departure came shortly after taking over the
Leggi di più »